Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas 2021 pada 13 September 2021 (Isnin) di Bangunan Parlimen Malaysia telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah disambut oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 13 September hingga 12 September 2021. Manakala bagi Sidang Dewan Negara diadakan pada 4 Oktober - 26 Oktober 2021.